Wednesday, March 14, 2012

Bicara Soal HATI...

Hati...Hati...
Hati-hati dengan HATI...
Kadang-kadang apa yang tersemat di hati,tak seindah yang terukir diwajah...
Hati terluka,tapi wajah masih mampu tersenyum...


Apa yang tersemat di dalam hati aku nie?
Mood tiba-tiba nak tulis pasal hati...


Sebelum nie aku kemaruk sangat rindu dekat dia...
Lepas tu,sampai satu tahap tiba-tiba nak lupakan dia...
Apa sebenarnya yang HATI aku nak sampaikan?
Terus untuk menyayangi dia?
Atau lupakan dia?


Bila Allah gerakkan hati aku untuk lihat dia,hati aku berbisik...
Dia kah yang aku pilih?
Entah,aku tak pasti...
Tanpa sebab untuk aku suka,rindu dan jatuh hati kepada dia...
Tapi kenapa dia?
Aku tak pernah berbual dengan dia...
Tegur pun kadang-kadang...
Gurau seorang sahabat aku, "adakah ini cinta?"
Aku ketawa...
Ketawa tawar...
Aku tak pasti...
Pesan sahabat aku yang sama, "jangan mengharap pada yang tak pasti."
Ya,aku fikirkan itu...


Sebab aku taknak mengharaplah aku cuba nak lupakan dia...
Tapi yang aku buat?
Aku memang tak boleh nak lupakan dia...
Kenapa aku tak boleh buang lipatan kertas berbentuk hati yang bertulis 'H' dan tertulis nama penuh dia di dalam dompet aku?
Kenapa aku tak tukar password laptop aku yang bernama dia sampai sekarang?
Kenapa aku masih minat benda yang dia minat?
Susah nak lupakan orang yang kita da sayang...
Apatah lagi bila dia memang sentiasa ada di depan mata aku...


Untuk melupakan dia memang susah...
Tapi tidak mustahil...
Aku dah terlanjur menyayangi dia...
Aku tak tahu hati dia bagaimana...
Aku tak tahu status dalam hati dia...
Aku mengambil risiko untuk mencintai dia dalam diam...


Mungkin bila dah jumpa seseorang yang dia sayang,aku boleh terima dan lupakan dia...
Tapi tu macam tak sakitkan hati sendiri ke?
Aku bahagia kalau tengok dia bahagia...
Walaupun dia tak bersama aku...
Yang penting dia bahagia...
Itu cukup bagi aku...
Tapi sanggup ke aku tengok dia dengan orang lain?
Hati aku nanti macamana?


Aku serahkan jodoh,pertemuan dan maut aku di tangan Tuhan...
DIA tahu apa yang terbaik untuk aku...
Allah dah tentukan segala-galanya sebelum umatNya lahir di dunia ni lagi...
Jadi,percayalah yang DIA sediakan semuanya yang terbaik untuk kita...


Ya Allah,jika dia untuk aku,jika dia jodoh yang KAU sudah tentukan untuk aku,
Satukanlah hati kami...
KAU subuhkanlah kasih sayang antara kami...
Jika dia bukan untuk aku,jika dia bukan jodoh yang KAU tetapkan untuk aku,
Jauhkanlah perasaan rindu,sayang dan cintaku terhadapnya,Ya Allah...
Supaya aku tidak tertutup hati untuk orang lain dan mengharap kepadanya...
KAU subuhkanlah rindu,sayang dan cintaku terhadapMU,Ya Allah...
Aku tahu,KAU telah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk aku...
KAU berikanlah dia kebahagiaan yang dia impikan...
Pertemukanlah dia dengan yang berhak keatas dia...
Dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaan...
Sesungguhnya,aku mencintai dia kerana MU,Ya Allah...
Amin...



























kata aku:Sekarang saya panggil awak HF...Mungkin bunyi macam perigi cari timba...tapi saya sudah terlanjur menyayangi awak...dan ketahuilah,sesiapa pun di hati awak,saya doakan awak bahagia disamping orang itu...dan semoga awak berjaya dunia dan akhirat...Amin... :')
*now,family and study come first...

Monday, March 12, 2012

Final Exam Untuk Kali ke-4 -.-"

Untuk kali ke-4, aku ke dewan peperiksaan...
Nice...memang nice...
Tu maknanya da nak habis semester 4 aku...
kehkehkeh....
Tapi adakah aku sudah bersedia untuk menjawab
soalan yang entah aku tau bentuknya macamana??
Duduk kat bilik 24jam ngadap laptop,note di depan mata tapi hanya dijeling...
Dalam hati kata,takde nafsu lagi nak baca...
-.-"
Ikut sangat kata nafsu,memang ke laut lah jawabnya result kau,cik La...

Apapun,aku akan buat yang terbaik...
Ini melibatkan masa depan aku...
Takkan aku nak duduk kat bawah untuk selamanya kan...
Orang lain boleh dapat pointer tinggi,nape tak aku??
Usaha tu penting...
Doa pun penting...
Do your best, cik La...
hehe...
*motivasi untuk diri sendiri...

Time nie kene pentingkan diri sendiri...
Tak kisahlah orang nak kata kita nie sombong...
Tapi janganlah terlalu nak berjaya sampai makan kawan sendirikan...
Usaha sendiri kan bagus...
Ok,cukup mengarut di sini...
Nota dihadapan nie kalau boleh bercakap,da lame aku kene maki...
*nasib baik die tak boleh bercakap..kahkah...












aku kata:good luck untuk awak2 semua...semoga kejayaan ditangan kita bersama...amin..
*miss my HB soooo much...